click la intext ye..

Wednesday, November 2, 2011

Update: Siti Nor Hajar Dijumpai Mati


 Persoalan mengenai kehilangan pelajar pra sekolah di SK  Bintulu – Siti Nor Hajar akhirnya terungkai apabila mayatnya di temui di tepi pantai Kuala Tatau oleh penduduk kampung  Kuala Tatau kira- kira 1.30 petang tadi.

Penemuan mayat kanak- kanak malang itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Madang Usat.

Ditanya samada ramalan bomoh yang mengatakan mangsa jatuh ke dalam sungai berkemungkinan benar, Madang, bagaimanapun, enggan memberi sebarang komen maupun menjawab spekulasi terbabit.

Mayat kanak- kanak malang itu, katanya, masih berada di rumah mayat Hospital Bintulu untuk bedah siasat.

Penemuan mayat Siti Nor Hajar turut disahkan sendiri oleh ibunya, Suriana Yunus yang turut berada di rumah mayat hospital berkenaan bersama- sama kaum keluarga dan sanak saudaranya.

Menurutnya, sebaik sahaja selesai  proses bedah siasat, jenazah anaknya itu akan dibawa pulang ke rumah keluarganya di Kampung Baru Laut, Bintulu untuk urusan pengkebumian.

Siti Nor Hajar dilaporkan hilang semasa bermain semasa bermain bersama- sama adik lelakinya, Mohd Fadzley, saudara dan rakannya berdekatan kediaman keluarganya di Kampung Baru Laut dekat sini, Ahad lalu.

Pelbagai usaha dan ikhtiar telah dilakukan termasuk menggunakan khidmat bomoh selain laporan polis telah dibuat bagi  menjejaki  kanak- kanak perempuan berumur enam tahun itu dimana  kehilangannya hanya disedari oleh ibunya, kira- kira jam 7 malam apabila mendapati kelibat anak perempuannya itu tidak kelihatan menyebabkan beliau menanyakan perkara tersebut kepada Fazdley.

Gerakan dan usaha mencari Nor Hajar turut dipergiatkan dengan bantuan anggota Pasukan Gerakan Marin(PGM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu dengan tumpuan di sekitar kawasan kali terakhir kanak- kanak tersebut dilihat selain  di sekitar sungai berdekatan.

Malah,  pihak polis  turut mengedarkan gambar foto kanak- kanak malang itu di beberapa lokasi strategik seperti pusat bandar, premis perniagaan termasuk memaklumkan mengenai berita kehilangannya di balai polis berdekatan.

Untuk yang beragama Islam



Minta tolong ramai ramai report translation untuk myquran , di Google Translate myquran dari english ke bahasa Melayu ialah syaithan . Mula mula translate myquran ke bahasa melayu (atau klik sini ),tekan tick di sebelah kanan dan pilih offensive.


sumber asal dari facebook



terima kasih

Tuesday, November 1, 2011

Punca dan sebab Hai-O dan Negeri Sembilan power




bilik rehat separuh masa pertama


Gambar Dato Seri Najib berlepas menunaikan Haji



Semalam Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib dan isteri berlepas menunaikan haji , turut mengiringi mereka bonda Najib ,Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib , Datuk Mohamed Nazim serta Menteri Besar Perak , Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir .

Mereka berlepas ke Madinah dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpir kira kira jam 5 petang. Najib di Twitternya berkata sebelum berlepas ke Arab Saudi " saya akan menunaikan fardu haji sebentar lagi , terima kasih di atas doa anda semua "


Update : adik Siti Nor Hajar


Hari ini sudah keluar di akhbar tempatan ,untuk cerita yang lebih detail








BINTULU: Seorang Ibu tidak menduga anak perempuannya yang berusia enam tahun hilang begitu sahaja selepas bermain dengan kawan-kawannya berdekatan dengan rumahnya di Kampung Baru Laut di sini lewat petang kelmarin (Ahad). Bahkan sebelum kehilangannya, kanak-kanak itu yang dikenal pasti sebagai Siti Nor Hajar Mohd Rashidi sempat memesan kepada ibunya untuk membeli buah rambutan. Kali terakhir ibunya melihat anaknya itu adalah pada jam 2.30 petang kelmarin di rumahnya di sini. Ibu kanak-kanak itu, Suriana Yunus, 27, berkata anaknya itu berkeadaan seperti biasa bahkan setiap kali dia ke pasar anaknya itu selalu memesan membeli barang makanan untuknya. “Kelmarin anak saya ada memesan membeli buah rambutan. Dia cakap hendak makan buah itu. “Saya pun membelinya tetapi bila saya balik dari pasar saya mencarinya dan saya tidak nampak kelibatnya di rumah dan kawasan tempat dia bermain. “Rambutan yang anak saya pesan itu masih ada saya simpan.

Tarikan pelancong di Ghana



Jika ada rezeki pergi ke Ghana jangan lupa singgah sini , Paga crocodile pond terletak di Bolgatanga tidak jauh dari Burkina Faso .Kolam buaya terkenal ini memang banyak buaya, ada yang kecik,ada yang saiz gergasi


Di Malaysia mungkin buaya di kenali sebagai haiwan liar,tapi tidak di Paga , buaya di sini jinak dan peramah ,CEH

Now this is the fun part , pengunjung ke kolam buaya ni boleh memegang malah boleh duduk di atas haiwan ini,satu satu nya tempat di dunia ni boleh duduk atas buaya dan ambik gambar .jangan risau,sampai sekarang belum lagi yang di laporkan cedera atau kena makan binatang ni .