click la intext ye..

Saturday, May 15, 2010

Loyar buruk. buruk ke?


Salam petang..Loyar buruk,mesti banyak yang suka loyar buruk,kalau jumpa yang sekepala mesti best..Contoh yang pakar dalam loyar buruk Nabil Raja Lawak atau lebih di kenali sebagai Ahmad Nabil , Zizan , Johan (JOZAN) dan semua peserta Raja Lawak Astro agaknya ..Tapi apa maksud loyar buruk? Google pun tak jumpe jawapan ni,tapi lepas bertanya dengan beberapa orang forumer lain (ceh,macam polis daaa) yang pakar dalam loyar buruk,rasanya..hehehe!,jawapan yang ruti dapat,contoh dari encik Yus,seorang yg pakar
bermain alat musik,kata beliau loyar buruk bermaksud loyar buruk itu sifat kreatif yg wujud dalam diri setiap individu .lain pula kata cik Nanajoe,bagi dia loyar burok itu bermaksud seseorang yang bercakap sekadar untuk memberi sesuatu yg jenaka, pada hakikat nya kadang2 mengaibkan diri sendiri wow,hebat bila kaum wanita berkata-kata..hehehhe! tidak puas dengan 2 orang otai tersebut,ruti bertanya pula dengan rakan-rakan lain, kata cik Katie (member cik nanajoe)  loyar buruk mampu membuatkan manusia ketawa...huahaahaah sebut loyar burok je dia terus ketawa.. hahahaha! Cik Violet pula berpendapat bahawa loyar buruk ialah sejenis lawak yang boleh mendapat penampau dari orang... haaaaaa,memang malang la sapa berloyar buruk dengan cik violet...hehehe! takut aku weh.. :P


antara contoh cara menjawab soalan exam dengan cara "loyar burok"


kan senang kan jawab camni je

ade kaitan ke?hahaha

tepat sangat jawapan dia ni,boleh jadi Mat Rempit yang berjaya

hohohhhoh komen anda?

banyak sangat pengaruh akademi fantasia,sampai Mariah Carey tu..
salah subjek ni


sumber dailymail




loyar buruk versi malaysia takda ke?ada...
Malaysia Boleh maa..hahahah!

Dialog 1

Seorang guru bertanya kepada anak muridnye.

Guru:Jika ayah kamu mendapat RM80 seminggu dan memberi emak kamu separuh,berapakah yang ayah kamu dapat?

Murid:PERANG!!


Dialog 2

Cikgu:''Cikgu minta kamu ceritakan tentang mak masing2''

Murid A : Emak saye seorang yang penyanyang tapi kuat berleter.

Murid B:(dgn bersungguh-sungguh) Emak saye pulak sungguh cantik tapi sampai sekarang belom berkahwin.
(^-^)


Dialog 3

Cikgu: Baiklah murid-murid...hari ini kita akan belajar ABC
Murid C: Saye tak suka ABC la cikgu, cincau ada tak?






korang lak macam mana?apa makna loyar buruk bagi korang?
suka ke dengar loyar buruk?ke menyampah?
ada loyar buruk yg best? 
bolehkah skill loyar buruk ini membantu anda memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian macam nabil (dah menang pegi buat aksi pelok lak dengan erma hasmi)? tahun ni Siti Nurhaliza kan?